Nama Tempatan: Bunga kenanga
Nama Saintifik: Cananga odorata
Nama Lain: Ylang-ylang
Famili: Annonaceae Annonaceae Annonaceae
keterangan:
Kenanga bukanlah termasuk dalam tumbuhan herba. Ia adalah tumbuhan saka berbatang kayu dan mempunyai ketinggian yang boleh mencapai sekitar 5-20 meter dan hayatnya boleh mencapai puluhan tahun dengan diameter batangnya lebih kurang 0.1-0.7 meter.Ia sesuai tumbuh pada ketinggian 25-1000 meter dari aras laut. Tumbuhan ini boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang. Sekarang, pokok kenanga selalunya di tut dan mula berbunga pada ketinggian satu hingga dua meter. Pokoknya juga tidak sebesar pokok yang tumbuh liar di hutan.bunganya yang berbau sangat harum dan wangi merupakan produk utama dari tumbuhan ini.
kegunaan:
Minyak ekstrak dari bunga kenanga (essential oil) digunakan dalam perubatan aroma terapi untuk menenangkan dan merelakskan jiwa terutamanya ketika PMS (pre-menstrual syndrome). ia juga digunakan untuk melegakan kesakitan atau kekejangan yang berlaku ketika haid dan juga melancarkan kitaran haid.ia juga mampu menurunkan tekanan darah, boleh digunakan untuk mengubat darah tinggi. Minyak ini juga boleh digunakan untuk kegunaan kosmetik seperti mengurangkan garis penuaan, menggalakkan pertumbuhan sel baru, merawat jerawat, mengatasi masalah kulit kasar dan berminyak, menggalakkan pertumbuhan rambut, menghilangkan kelumumur. Ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan tekanan dan insomnia. Ia juga dikatakan boleh digunakan untuk mengatasi masalah mati pucuk (impoten) bagi lelaki dan frigid bagi wanita.ia juga dikatakan berkesan bila digunakan ketika demam biasa atau demam malaria bronkitis dan asma .Cara menggunakan: Untuk malaria dan asma, 3 kuntum bunganya yang telah dikeringkan dimasukkan kedalam segelas air panas yag mendidih dan ditutup,tapis dan minum apabila telah sejuk.untuk sesak nafas pula, segenggam bunga kenanga direbus dengan 2 gelas air bersama segenggam gula pasir hingga tinggal segelas air tapis dan minum airnya pagi dan malam.untuk bronkitis,segenggam bunga kenanga direbus dgn dua gelas air hingga tinggal satu gelas dan diminum pagi dan malam.Oleh kerana bunga ini mempunyai bau yang amat kuat, anda dinasihatkan agar tidak menggunakannya secara berlebihan kerana ini boleh mengakibatkan loya dan sakit kepala. Dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan sebarang persediaan herba.
Nama Tempatan: Bunga Tanjung
Nama Saintifik: Mimusops elengi
Nama Lain: Baula(oriya),indian meddaler, bulletwood tree,Bakula,Spanish cherry,
Famili: Sapotaceae
keterangan:
Tanjung ialah sejenis pokok yang bersaiz sederhana.Ia biasa dijumpai ditanam ditepi-tepi jalan kerana bentuknya yang rendang dan dapat memberikan teduhan dari cahaya matahari yang terik. Bunga tanjung berbau sangat wangi dan biasa digunakan sebagai hiasan kepala masyarakat melayu tradisional dan kaum india.Bunga tanjung juga tahan lama dan boleh direndam dalam minyak kelapa setelah kering untuk mengembalikan harumannya.Biasanya bunga tanjung yang direndam dalam minyakm kelapa ini digunakan sebagai bunga hiasan kepala untuk mewangikan rambut. Daun tanjung berwarna hijau tua, agak keras dan mempunyai permukaan yang berkilat. Buahnya berbentuk bujur,berwarna hijau ketika muda dan jingga setelah masak.Buahnya boleh dimakan dan mempunyai rasa yang sedikit manis.Tumbuhan ini membiak dari keratan batang dan biji benih.
kegunaan:
Rawatan ruam yang bernanah
Beberapa tangkai bunga tanjung direbus bersama 2 sudu besar jintan hitam. Air rebusan ini diembunkan selama semalam. Setelah itu airnya ditapis dan digunakan untuk mandi oleh pesakit.
sakit Gigi dan luka
Kulit batang pokok tanjung direbus bersama air. tapis rebusan ini dan gunakan sebagai ubat kumur sekali sehari selama empat hari.Ia juga dapat menghilangkan nafas berbau.Rebusan ini juga boleh digunakan untuk mencuci luka. Lakukan setiap hari hingga luka sembuh
selain daripada itu bunga tanjung juga mempunyai minyak sari dan minyak sari yang dihasilkan berwarna kuning muda kehijauan.Ia boleh digunakan dalam perawatan aromaterapi.
Nama Tempatan: Bunga Cina / Melur Cina
Nama Saintifik: Gardenia Augusta
Nama Lain: Kacapiring, gardenia
Famili: Rubiaceae
keterangan:
Bunga cina atau nama saintifiknya Gardenia augusta, Merr dari famili Rubiaceae banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan atau sebagai pagar kerana daunnya yang rimbun dan mempunyai banyak cabang. Bunganya yang berwarna putih berbentuk seperti bunga mawar dan berbau harum. warna putih akan berubah menjadi kekuningan selepas bunga mekar sepenuhnya.Tumbuhan ini boleh tumbuh ditempat sejuk atau panas dan ia merupakan tumbuhan yang senang dijaga.Tempat yang paling sesuai untuk pertumbuhannya adalah ditempat yang beriklim agak sejuk seperti dikawasan pergunungan dengan ketinggian lebih kurang 400 meter dari paras laut.Pokok ini boleh mencapai ketinggian 1 - 2 meter.Ia membiak melalui keratan batang dan semaiannya boleh dilakukan dengan memilih ranting yang agak tua, buang semua daunnya dan tanamkan di dalam polybag berisi pasir. pastikan air mencukupi semasa pertumbuhan akarnya.Pokok ini mempunyai potensi untuk di komersialkan sebagai minyak wangi kerana bau bunganya yang harum.
kegunaan:
ia boleh digunakan untuk mengubati penyakit seperti Kencing manis (diabetes mellitus), sariawan, demam dan sembelit. carnya untuk kencing manis 12 helai daun bunga cina direbus dengan 2 gelas air hingga tinggal satu gelas dan diminum sekali sehari. Untuk sariawan pula 7 helai daunnya diramas dengan secawan air,tapis dan campurkan air itu dengan 2 sudu makan madu dan seketul gula batu.minum 2 kali sehari. Manakala untuk demam pula, ramas 7 helai daunnya dengan secawan air, tapi , capur dengan gula batu dan minum 2 kali sehari.Untuk sembelit pula ambil 3 biji buahnya, rebus dengan 2 gelas air hingga mendidih dan tinggal satu gelas, minum airnya.
Nama Tempatan: bunga ros jepun
Nama Saintifik: Portulaca Grandiflora
Nama Lain: bunga kembang petang, bunga pukul sepuluh,moss rose, rose moss, sun plant,japanese rose, bunga gelang
Famili: Portulaceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan hiasan
Asal: tumbuhan tempatan
keterangan:
Ros jepun merupakan sejenis tumbuhan hiasan yang digemari ramai kerana bunganya yang menarik dan penjagaannya yang mudah. terdapat pelbagai warna ros jepun antaranya merah jambu, merah terang, putih , kuning, ungu dan oren. terdapat juga jenis yang mempunya campuran warna seperti merah jambu dan putih. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba yang merayap dan menyukai tanah yang poros dan bersaliran baik. Ia mudah membiak melalui jalaran akar dan boleh dibiakkan melalui keratan batang. Ia akan mengeluarkan bunga yang banyak jika mendapat pendedahan sepenuhnya kepada cahaya matahari. Bunganya akan kembang sepenuhnya pada pukul 10-11 pagi. daunnya berwarna hijau tetapi akan bertukar menjadi keperangan jika mendapat cahaya matahari yang berlebihan.
kegunaan:
Daunnya boleh digunakan untuk merawat luka ringan dengan cara dihancurkan dan ditampal pada bahagian yang luka.
Nama Tempatan: Bunga lawang
Nama Saintifik: Illicium verum Hooker fil.
Nama Lain: Star anise,Indian anise, Chinese anise, Badian anise (English),Fructus Anisi stellati(nama farmaseutikal),Ba jiao, Pak kok, Baat gok (cina),Adas china, bunga lawang(Malaysia),
Famili: Illiciaceae/ Magnoliaceae
keterangan:
Nama cina bagi bunga lawang ialah bat gok dan ba jiao membawa maksud segilapan atau oktogon bersesuaian dengan bentuk bunga lawang yang mempunyai lapan kelopak.Bunga lawang mempunyai bau wangi dan kuat. Ia mula diperkenalkan diEropah pada awal kurun dan 17 dan mula menjadi popular semenjak itu. Minyak yang terhasil dari proses ekstrak wap dijadikan bahan perasa dalam minuman.Bunga lawang sebenarnya bukannya bunga sebaliknya adalah buah yang dihasilkan oleh sejenis pokok kecil.Tinggi pokoknya boleh mencapai hingga 8 meter. Ia mempunyai bunga yang cantik berwarna kuning.Ia membiak melalui biji benih. Buahnya dipetik sebelum ranum dan dikeringkan menggunakan cahaya matahari.
kegunaan:
Bunga lawang dijadikan rempah untuk menyedapkan makanan sama seperti kulit kayu manis dan bunga cengkih.Untuk kegunaan perubatan pula di Asia ia digunakan untuk mengubati colic (angin) dan rheumatik (sakit sendi).Ia juga biasa dijadikan perasa untuk pelbagai jenis teh.Teh dari bunga lawang juga boleh dijadikan ubat batuk.Minyaknya juga boleh mengurangkan gejala muntah dan loya bagi ibu mengandung.
wowwwww!!!!...pnjang nye!!!
ReplyDeletebiase r....tgk cni je xpyah g tgk kat lain...
ReplyDelete